Wednesday, April 29, 2009

Mee Goreng dan Basikal Merah

Salam, readers.

Bile sibuk terfikirkan bagaimana keadaan diri semasa praktikum di Seremban nanti, tiba-tiba saya terfikirkan basikal merah berbakul hitam yang tersadai kat rumah Pekan. Hai...lama dah tak naik basikal. Kalau tak, dulu masa duduk kat Pekan, pergi mana-mana pun naik basikal, tak kirala siang atau malam. Petang-petang kalau tak ada apa nak buat kat rumah, pergi la ambik angin, bawak basikal keliling kampung. Dah lama tak betul tak berbasikal. Rindu sangat. Saya ni pergi sekolah naik basikal je, dari sekolah rendah sampai sekolah menengah. Sampai Form 6. Bawakla basikal merah tu. Berjasa betul pada tuannye. Apa cerita basikal tu agaknye. Dah berkarat kot. Lagi satu, agaknye bawak basikal la menyebabkan saya sentiasa kurus...hahaha. Maybe.

Nanti, masa praktikum esok, maybe boleh bawak basikal pergi sekolah. Mesti budak-budak suke tengok.
Pernahkah anda melihat basikal berenjin? Bukan moto tau, tapi basikal!

Lagi satu, yang menjadi makanan harian semasa sekolah rendah ( ini teringat gara-gara Nabihah membelanja mee goreng kuali besar dengan telur ( * drool * ) ) . Dulu harganya seringgit sahaja. Waktu rehat, selalu keluar sorang-sorang dan pergilah ke terminal bas Pekan. Kat situ ada deretan gerai-gerai yang jual makanan. Saya selalu pergi kat kedai yang pakcik ni seorang je yang jaga dan masak dan jual makanan. Masa tu, dia jual nasi goreng ayam dan telur. Lagi satu, mee lidi , waktu tu harganya murah je RM1.50 dengan telur goreng. Tambah pulak dengan sambal pedas. Banyak pulak tu. Kenyang! Lepas tu, beli air sirap segelas, lime posen je. Hahaha. Memang kenyang. Makan sorang-sorang. Waktu itu, rakan-rakan makan kat kedai lain. Ada sejam je untuk rehat. Lepas tu, kene masuk kelas tambahan balik. Kalau tak beli mee goreng, beli nasi lemak, tapi mahal sikit. Tapi masih lagi kat kedai yang sama.

Apa la cerita pakcik tu sekarang. Ingat ke tidak muke aku ni.





Walaupun saya suka makan mee goreng, tapi saya selalu fail bile goreng mee. Hahaha.


Tibe-tibe pulak teringatkan rumah dan kucing-kucing kat Pekan. Hope they are fine. :D


Tuesday, April 28, 2009

Genocide. Apa itu?

Salam, everyone.

It has been a while since I posted the TESLian vid. Maklumlah, study dan assignment terlambat buat.

First...have you ever heard about the Holocaust? Pembunuhan orang Yahudi beramai-ramai oleh Adolf Hitler atas sebab nak orang German yang di katakan " pure " sahaja yang boleh stay kat German.

Saya sebenarnye tak tahu detailed sangat pasal bende ni. Tapi, satu hari , semasa berchatting dengan Mr. James Meyer di Facebook, saya tanye die mengenai filem yang direviu olehnye. Tajuk filem itu ialah " The Boy in the Striped Pyjama ". Mr. Meyer said that the film told viewers a bit about the Genocide and what happened to the people who were gathered and died in the concentration camp. Saya sebenarnye dah tak ingat sangat pasal apa yang pernah saya baca pasal bende ni. Entah tapi tak ingat. James was shocked. " He said, " How come you did not know about the Holocaust. This is one of the most important thing happened in the history.Must be from where you came from ". Alah, bukan tak tahu, tapi tak ingat. Bile die mentioned pasal Adolf Hitler, barula teringat. Itupun, sebab pernah baca pasal Holocaust dalam surat khabar.

Lepas tu, mula la gelabah. Bukaklah wikipedia dan bace.

Holocaust ni, peristiwa yang sangat teruk berlaku kat orang Yahudi. Walaupun kita bukanlah sekutu mereka, tetapi mereka telah di bunuh sewenang-wenangnye dengan pelbagai cara.
Mereka di kumpul di dalam kem, tidak diberi makanan, di bakar hidup-hidup, dijadikan bahan eksperimen untuk perubatan ( kanak-kanak jadi mangsa), di bunuh dengan melepaskan sejenis gas tidak berbau dan mati begitu sahaja. Bende ni berlangsung selama 8 tahun. Bukan etnik Yahudi sahaja dibunuh, orang Poland, Romanian, orang Soviet POW (entah apa maksudnya saya tak tahu), homoseksual, orang yang di anggap ada masalah mental dan pejuang-pejuang agama khsuusnya Kristian pada masa tuh. Estimate number of death : 10 million. Banyak tuh.



" remember one set of twins in particular: Guido and Ina, aged about four. One day, Mengele took them away. When they returned, they were in a terrible state: they had been sewn together, back to back, like Siamese twins. Their wounds were infected and oozing pus. They screamed day and night. Then their parents – I remember the mother's name was Stella – managed to get some morphine and they killed the children in order to end their suffering.[30] taken from Wikipedia.



Rasa kesian gak sebab hak mereka di ketepikan, tiada pembelaan dan bende berhenti pada tahun 1945 dimana askar-askar Amerika dan British membebaskan kem-kem tersebut dan hanya menjumpai orang-orang yang malnutrisi, bau mayat yang sangat meloyakan, kanak-kanak hasil eksperimentasi yang hidup dalam kesakitan dan pelbagai lagi bende yang sangat tak dapat di terima akal pada masa tuh.

" The BBC's Richard Dimbleby described the scenes that greeted him and the British Army at Belsen:[226]

Here over an acre of ground lay dead and dying people. You could not see which was which ... The living lay with their heads against the corpses and around them moved the awful, ghostly procession of emaciated, aimless people, with nothing to do and with no hope of life, unable to move out of your way, unable to look at the terrible sights around them ... Babies had been born here, tiny wizened things that could not live ... A mother, driven mad, screamed at a British sentry to give her milk for her child, and thrust the tiny mite into his arms ... He opened the bundle and found the baby had been dead for days. This day at Belsen was the most horrible of my life. "



















Kubur besar Berger-Belsen yang di buat oleh British semasa pembebasan kem di German.



Sangat teruk. Tapi, walaupun Yahudi pernah di seksa seteruk ini, mereka tak serik.

Ramai pelajar graduan sekolah-sekolah Malaysia tak tahu Holocaust ni apa.

Maybe kerajaan patut jadikan Holocaust sebagai salah satu sejarah yang perlu di pelajari oleh budak-budak sekolah kat Malaysia.

Dan, rasanya, ramai budak-budak yang sekolah kat Malaysia tak tahu pasal sejarah2 dunia yang penting. Kecuali mereka banyak membaca ensaiklopedia ke hape. Tapi, nak ke mereka baca?
I mean, history, sapa yang minat. But, dont get me wrong, im just guessing. I loved History, ya know.

Tuesday, April 21, 2009

Ragam Teslians.

Congrats tu Nizam kerana sanggup menghabiskan masa membuat video ini di tengah-tengah kesibukan nak exam.