Sunday, May 24, 2009

Aku yang tidak sangat berjaya.

Salam.


Dah lama tak post apa-apa dalam blog ini. Maklumlah, tengah sebuk ngan skool baru, rumah baru, rumet baru ... crush baru... :D


Haha. Gurau je. Kalo minat pun, wat ape. Buang karan jerr.


Okay, sekarang ini nak cerita pasal skool yang telah saya pilih untuk praktikum. Sekolah ini terletak kire2 20 minit dari rumah Pedas and 15 minit dari rumah sewa.


First time bile masuk ke sekolah tu, agak nervous. Malah terpegun dengan kawasan sekolah yang sangat luas. Sekolah baru buatla katakan.


Masuk pejabat kene punch kad, sama macam masa pra-praktikum dulu. Kakitangan pejabat agak ramah. dan mesra. dan observant pada masa yang sama.


kemudian, kami berenam dipanggil masuk ke pejabat GPK 1. berkenalan dengan GPK dan 2 student PKPG dari UPSI.


saya dan yatt serta 2 student UPSI dapat petang, yang lain di tugaskan ke pagi.

ikut je sebab tak tau nak react atau buat apa masa tu. Dapat 2 kelas dan 10 masa mengajar.


2 minggu ni berlalu dengan pelbagai pengalaman.


Terdapat sesetengah guru yang kurang menyukai kehadiran kami. Oleh itu, macam-macam perangai telah di buat. Kami berdiam diri. Malas nak wat drama. Lagipun buruk name U nanti.


Secondly, perangai student yang sangat-sangat la menarik. Maklumlah, jumlah ketiga-tiga kaum sama rata. dahla first time masuk sekolah yang mempunyai pelbagai kaum ni, hairan gak tengok perangai masing-masing. ada yang buruk dan ada yang baik.


Paling tak boleh lupa, di tipu oleh student. kata nak pergi duty kat koperasi, rupa-rupanya pergi mengadu kat cikgu lain pasal kita tak jaga kelas. adakah patut? sedangkan saya dengan bersungguh menjaga pelajar supaya tak buat bising dan keluar dengan sewenang-wenangnye. selepas menyiasat latar belakang budak tu, rupa2nya dia memang suka buat cerita, seorang pencuri dan kaki belit. bila di tanya kenapa keluar awal dan ke mana dia pergi, dia pusing cerita. macam-macam sampai sakit telinga mendengarnya. Haih~ Budak-budak zaman sekarang.


Thirdly, mula ragu-ragu dengan kemampuan diri untuk menjadi seorang GURU. mampukah aku? pernah masuk dan mengajar sekali. budak kata boring. then, banyak kesalahan di lakukan. mula rasa rendah diri.


tapi tak apa, saya tetap akan cuba perbaiki apa yang patut. i will learn from the teachers and my practicum friends.


dan, betul kata orang putih, " every cloud has a silver lining". walaupun berhadapan dengan pelbagai pengalaman, namun saya telah memperoleh 4 rakan baru. satu fak pulak tuh. tambahan pulak, saya juga telah berkenalan dengan guru-guru yang banyak memberi sokongan moral walaupun baru kenal seminggu.


pendek kata, bestlah praktikum ni. dahla dapat dekat dengan rumah, environment is not bad dan mudah nak sesuaikan diri. Yay! for me.


Nak tengok sekolahku?






sekolah ni sangat okay. walaupun takde lift cam skolah maya. :P

Sunday, May 10, 2009

Seremban Jaya.

Salam,

I am going to school for the first time in my 3 years of study.

Seremban Jaya... never heard of the place and the school.

But, now that I have checked out the place and the house that I am going to stay for the next 2 months, I am okay.

Still, I feel really2 lazy. I just had my exam a week ago and now I have to go to school? It is okay, because it is part of my task as a student.

Am I going to be the same person when the new sem comes up?

Let's wait and see.
jangan nervous breakdown kat sekolah sudaaa~

Friday, May 8, 2009

Esok Masih Ada.


Salam.

Kepada rakan-rakan k4f sesi 2007 hingga 2009,

saya akan merindui anda semua.


Terima kasih atas sokongan anda semua.

Banyak yang Nadiah telah pelajari.

Tambahan pula, anda saya telah mengajar saya erti persahabatan








..........








* muntah kedarah. ayat kat atas tuh CORNY! sangat *

* berhenti sejenak. kesat darah *


Anyway,

I am going to miss you guys a lot. You guys meant so much to me.

I wish all the best for the new life

and

dont forget to send me the ' card ' when the time comes!

* wonder who would be the first one... ^u^*

Sayonara, and see you when I see yuuuu.......~





















Sukaneka girls ~ and....




Suka Suki Girls ~ ^-^
* lala and im tak ada di sini. sorang sakit, sorang lagi ada hal.

Monday, May 4, 2009

Self slapping.

Hari ini, pada pukul 3.33 petang,

saya mahu menampar diri saya berkali-kali ,

kerana tidak setadi Teaching of Writing betul-betul.





Next time perlu di ingat.