Sunday, October 4, 2009

Nyen Nyen.



We will always remember you, baby.

2007-2009

Isu Tarian Pendet dan Seorang Peminat Final Fantasy yang sangat marah dengannya.

Salam, bloggers.

Ingat tak semasa bulan puasa, timbul isu mengenai Indonesia tuduh kita menggunakan Tarian Pendet kepunyaan negaranya untuk mempromosikan Malaysia dalam Discovery Channel?

Saya terkena tempias daripada tuduhan tersebut. Kebetulan saya sebut nama Malaysia dalam salah satu laman web yang ada. Dan adalah seorang hamba Allah dari Indonesia memberi komen yang agak emosi kepada saya.

Pada satu tengahari yang memboringkan, saya melayari Youtube untuk mencari konsert " live " OST dari Final Fantasy ( videogame kegemaran dari sekolah ). Kebetulan, saya terserempak dengan video bertajuk " Beginning of Fantasy ".

Apa lagi, saya klik video itu.

Video itu adalah konsert orkestra yang memainkan beberapa buah lagu daripada videogame tersebut secara live. Konsert itu di adakan di Indonesia. Jadi saya menonton lagu kegemaran saya dari koleksi video-video yang berkaitan dengan konsert itu.

Selepas habis menonton, saya memberi komen , " I wished they come to Malaysia ".

Kenapa saya berkata begitu? Kerana saya betul-betul berharap agar Nobuo Uematsu datang membuat konsert FF di Malaysia. Konsert orkestranya sangat best. ( Pada pendapat saya )

Tiba-tiba, adalah hamba Allah yang membalas komen saya.

" of course they won`t!!!!
this are indonesian orchestra!!!!!
Addie MS the leader of twillite orchestra is an Indonesian!!!!!!!
if you want it in that stupid country of yours!!!!
make your own!!!!
and don`t you dare tell the world that this concert are from your stupid, crazy, disgusting country!!!!
You malaysian are savages!!!!! "

Alamak, ada orang tengah marah. Takutnye.

Saya agak terkejut dengan komen yang diberi.

Seingat saya, komen yang saya beri adalah berbentuk harapan, bukan cercaan kepada konsert atau pembalas komen tersebut.

Saya berpendapat hamba Allah ini mesti terpengaruh dengan berita-berita negatif yang berkaitan dengan isu Tarian Pendet sebelum ini.

Tak mengapalah, saya tak kisah.

Saya tak perlu " deal " dengan sesetengah orang yang sempit pemikirannya dan tidak tahu mengenai keadaan sebenar yang berlaku dalam isu tersebut.

Sebaliknya, saya balas semula dengan ayat ini ,

" I really love Tour De Japon concert. They are my faves. too"

Kebetulan saya tonton pula video Tour de Japon: At Zanarkand yang sungguh mendayu-dayu.
Dan dia juga memberi komen yang baik. Tapi untuk video, bukannya untuk saya.

Saya tertanya-tanya?

Jahat sangatkah kita kepada mereka? Mungkin ada sesetengah orang Malaysia yang melayan mereka atau melakukan perkara yang teruk kepada orang-orang di seberang ini.

Tapi,

Tak semua orang kita " jahat " seperti yang mereka sangka.

Kalau nak di ikutkan siapa yang buat jahat kepada siapa, sebenarnya tak ada beza.
Kita semua manusia. Sama sahaja jahatnya.

:)



Klik di sini untuk menonton video " Beginning of Fantasy: Liberi Fatali (FF8)"

Klik di sini untuk menonton video " Tour De Japon : At Zanarkand "