Sunday, May 24, 2009

Aku yang tidak sangat berjaya.

Salam.


Dah lama tak post apa-apa dalam blog ini. Maklumlah, tengah sebuk ngan skool baru, rumah baru, rumet baru ... crush baru... :D


Haha. Gurau je. Kalo minat pun, wat ape. Buang karan jerr.


Okay, sekarang ini nak cerita pasal skool yang telah saya pilih untuk praktikum. Sekolah ini terletak kire2 20 minit dari rumah Pedas and 15 minit dari rumah sewa.


First time bile masuk ke sekolah tu, agak nervous. Malah terpegun dengan kawasan sekolah yang sangat luas. Sekolah baru buatla katakan.


Masuk pejabat kene punch kad, sama macam masa pra-praktikum dulu. Kakitangan pejabat agak ramah. dan mesra. dan observant pada masa yang sama.


kemudian, kami berenam dipanggil masuk ke pejabat GPK 1. berkenalan dengan GPK dan 2 student PKPG dari UPSI.


saya dan yatt serta 2 student UPSI dapat petang, yang lain di tugaskan ke pagi.

ikut je sebab tak tau nak react atau buat apa masa tu. Dapat 2 kelas dan 10 masa mengajar.


2 minggu ni berlalu dengan pelbagai pengalaman.


Terdapat sesetengah guru yang kurang menyukai kehadiran kami. Oleh itu, macam-macam perangai telah di buat. Kami berdiam diri. Malas nak wat drama. Lagipun buruk name U nanti.


Secondly, perangai student yang sangat-sangat la menarik. Maklumlah, jumlah ketiga-tiga kaum sama rata. dahla first time masuk sekolah yang mempunyai pelbagai kaum ni, hairan gak tengok perangai masing-masing. ada yang buruk dan ada yang baik.


Paling tak boleh lupa, di tipu oleh student. kata nak pergi duty kat koperasi, rupa-rupanya pergi mengadu kat cikgu lain pasal kita tak jaga kelas. adakah patut? sedangkan saya dengan bersungguh menjaga pelajar supaya tak buat bising dan keluar dengan sewenang-wenangnye. selepas menyiasat latar belakang budak tu, rupa2nya dia memang suka buat cerita, seorang pencuri dan kaki belit. bila di tanya kenapa keluar awal dan ke mana dia pergi, dia pusing cerita. macam-macam sampai sakit telinga mendengarnya. Haih~ Budak-budak zaman sekarang.


Thirdly, mula ragu-ragu dengan kemampuan diri untuk menjadi seorang GURU. mampukah aku? pernah masuk dan mengajar sekali. budak kata boring. then, banyak kesalahan di lakukan. mula rasa rendah diri.


tapi tak apa, saya tetap akan cuba perbaiki apa yang patut. i will learn from the teachers and my practicum friends.


dan, betul kata orang putih, " every cloud has a silver lining". walaupun berhadapan dengan pelbagai pengalaman, namun saya telah memperoleh 4 rakan baru. satu fak pulak tuh. tambahan pulak, saya juga telah berkenalan dengan guru-guru yang banyak memberi sokongan moral walaupun baru kenal seminggu.


pendek kata, bestlah praktikum ni. dahla dapat dekat dengan rumah, environment is not bad dan mudah nak sesuaikan diri. Yay! for me.


Nak tengok sekolahku?






sekolah ni sangat okay. walaupun takde lift cam skolah maya. :P

2 comments:

Anonymous said...

wow. i dh lama tunggu post u pasal sekolah.:D

murid-murid yang menakutkan. kalau org mesti dah nangeh.T_T dah 2 minggu. kejap je. kerja baik-baik ye nadiah. selamat hari guru!. (hope takterlambat la)

=D

blurenciel said...

selamat berpraktikum..biasenye cikgu prak ni akn byk dpt keje2 tmbhn..hohoh..sabo je la ye..

Post a Comment