Bile sibuk terfikirkan bagaimana keadaan diri semasa praktikum di Seremban nanti, tiba-tiba saya terfikirkan basikal merah berbakul hitam yang tersadai kat rumah Pekan. Hai...lama dah tak naik basikal. Kalau tak, dulu masa duduk kat Pekan, pergi mana-mana pun naik basikal, tak kirala siang atau malam. Petang-petang kalau tak ada apa nak buat kat rumah, pergi la ambik angin, bawak basikal keliling kampung. Dah lama tak betul tak berbasikal. Rindu sangat. Saya ni pergi sekolah naik basikal je, dari sekolah rendah sampai sekolah menengah. Sampai Form 6. Bawakla basikal merah tu. Berjasa betul pada tuannye. Apa cerita basikal tu agaknye. Dah berkarat kot. Lagi satu, agaknye bawak basikal la menyebabkan saya sentiasa kurus...hahaha. Maybe.
Nanti, masa praktikum esok, maybe boleh bawak basikal pergi sekolah. Mesti budak-budak suke tengok.
Pernahkah anda melihat basikal berenjin? Bukan moto tau, tapi basikal!
Lagi satu, yang menjadi makanan harian semasa sekolah rendah ( ini teringat gara-gara Nabihah membelanja mee goreng kuali besar dengan telur ( * drool * ) ) . Dulu harganya seringgit sahaja. Waktu rehat, selalu keluar sorang-sorang dan pergilah ke terminal bas Pekan. Kat situ ada deretan gerai-gerai yang jual makanan. Saya selalu pergi kat kedai yang pakcik ni seorang je yang jaga dan masak dan jual makanan. Masa tu, dia jual nasi goreng ayam dan telur. Lagi satu, mee lidi , waktu tu harganya murah je RM1.50 dengan telur goreng. Tambah pulak dengan sambal pedas. Banyak pulak tu. Kenyang! Lepas tu, beli air sirap segelas, lime posen je. Hahaha. Memang kenyang. Makan sorang-sorang. Waktu itu, rakan-rakan makan kat kedai lain. Ada sejam je untuk rehat. Lepas tu, kene masuk kelas tambahan balik. Kalau tak beli mee goreng, beli nasi lemak, tapi mahal sikit. Tapi masih lagi kat kedai yang sama.
Apa la cerita pakcik tu sekarang. Ingat ke tidak muke aku ni.
Apa la cerita pakcik tu sekarang. Ingat ke tidak muke aku ni.
Walaupun saya suka makan mee goreng, tapi saya selalu fail bile goreng mee. Hahaha.
Tibe-tibe pulak teringatkan rumah dan kucing-kucing kat Pekan. Hope they are fine. :D
Tibe-tibe pulak teringatkan rumah dan kucing-kucing kat Pekan. Hope they are fine. :D